Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sudikanlah

Assalamualaikum, buat teman,sahabat,kenalan dan sesiapa sahaja,.sila lah sign my guestbook ini. Moga Ukhuwwah tautan ukhuwwah makin terikat erat.

Saturday, October 31, 2009

Kisah Rasulullah SAW.....

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.

Tuesday, October 27, 2009

Rentetan Peristiwa

Assalamualaikum semua,
lamanya sarah menyepi, dalam seminggu lebih rasanya, mungkin ada yang tertanya2 kan, bukan sengaja menyepikan diri , cuma minggu yang lepas terlalu sibuk dan kesuntukan masa, Berlaku musibah dalam keluarga, Sarah cuma kronologikan sikit, agar kawan2 blogger tidak tertanya2..

16/10 - Adik sarah yang Form 2 Maahad Tahfiz mengalami accident yang menyebabkan injured dalaman, -alhamdulillah dah operate buang limpa, cuma hingga hari ini, masih lagi dibilik ICU, pernafasannya belum stabil lagi.. Doakan ya agar adik pulih sepenuhnya. Sepanjang peristiwa tersebut kami berulang alik ke HPRZ II setiap hari.. itu yang tak sempat nak online.

20/10 - Kami warga SKSE kehilangan seorang warga Guru ( Arwah Ustazah Hasniah yang meninggal dunia akibat kemalangan) Berita mengenainya ada dalam Harian MetRo Jumaat 23 Oktober. Satu kehilangan yang begitu mengejutkan kami semua, ( Takziah buat Keluarga Kak Yah). Semoga Allah menempatkan beliau dikalangan orang2 yang beriman.

dan sekarang busy dengan aktiviti2 sekolah dan Ujian Pencapaian Jawi Enam Bulan Kedua dan juga aktiviti2 lain... Itulah sekadar perkhabaran,

Oklah sampai jumpa lagi...

Saturday, October 10, 2009

Kek ? Brownies ? Besday?

Inilah hasil tangan mama Insyirah. Tulisan tu guna piping jelly wat color merah, itu yg tenggelam sikit tu.......

Haa.. potong.. jangan tak potong

Ayahsu, Insyirah, Ucu Na
Apasal stim je mata ucu?

Sebenarnya Ucu tgh pujuk Insyirah,, merajuk sbb nak potong lagi kek upss brownies .tu ..

Assalamualaikum
Pagi semalam buatkan brownies, permintaan adik2, katanya lama tak makan kek, maklumlah raya hari tu, kaklongnya tak buat walau sebiji kek pun. Malaslah masa tu, entah kenapa .. he he.. so semalam, pagi2 lagi buatkan brownies. Kenapa brownies??? sebab tak yah guna mixer just wisk je . dah terlanjur buat, apa lagi ambil syarat and konon2nya sambut besday Nurhusna Insyirah, (sambutan utk my dotter postpone hingga cuti nanti, tunggu mak2 sedara dia balik dulu.) nanti banyak dpt hadiah,... he he he ... Ok layanlah gambar2 tu..




Hasil Seni Insyirah




Friday, October 9, 2009

Selamat Pengantin Baru Ummie Kin








Assalamualaikum... alhamdulillah hari ni baru dapat upload gambar2 sepanjang majlis perkahwinan Ummie Kin, majlis berlangsung pada hari Rabu raya keempat. Ramainya tetamu, maklumlah anak mantan Timb. MB (Ust Halim). Yang bestnya boleh jumpa kawan se UM , yang dah lama tak jumpa, tak banyak cerita yang boleh dikongsi, sekadar sempat bertanya khabar.

Tuesday, October 6, 2009

Selamat Hari Lahir Sayang


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini






Photo Albums at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com


Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com


Assalamualaikum dan salam semua,

Hari ni genaplah 2 tahun my little Insyirah... doa mama dan baba, semoga dirimu sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, membesar menjadi srikandi Islam dan sentiasa membawa kebaikan dan kelapangan tatkala sesiapa bersama mu... menjadi harapan mama dan baba,, agar dirimu tidak jauh menyimpang pabila dewasa kelak...
Tahulah oleh mu.. kaulah penyeri kami, penghibur kami, tatkala kepenatan, keletahmu itu mampu membuatkan mama tersenyum , baba senang hati...
Insya Allah nanti kita sambut besday ya..
tadi lepas Isyak terus ke restoran Rafeah utk makan2 , cuma mama tak sempat lagi buat kek special utk adik, nanti hujung minggu ni ya..

Saturday, October 3, 2009

Facebook _ Under yahudi???

Salam semua, sarah nak kongsikan satu email yang dihantar, cuma Sarah harap sape2 ada info tentang perkara ni bolehlah share kat sini ya..







Aku betul betul tak tau pasal benda nih. Korang tau tak pasal benda nih?!
Ades.. Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So,
aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu
bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih
petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun
sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang
ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang
meninggalkan Fotopages
, kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua
diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana
!! Mungkin korang boleh beralih arah ke Friendster plak. Aku Bukan Cakap Kosong.
Baca Dibawah!! Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan
sebanyak USD300 juta pada tahun 2008?Ini tidak menghairankan kerana ia disokong
oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat
turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg
dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry,
Westchester County, New York? Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa
menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk
mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah
jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau
adalah merupakan CEO-nya? Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai
antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama
besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg
sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008?
Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah
disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan
peribadi sebanyak USD1.5 billion. Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO
Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan
persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPF)? Sedikit Info tentang AEPi: 1) Diasaskan untuk membantu lelaki
Yahudi mencari pasangan Yahudinya. 2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan
menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang
pekerjaan nanti... 3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut
nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam
pelbagai lapangan bidang profesional. 4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya . 5) AEPi
berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel 6) AEPi sangat berkait rapat dengan
kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life . Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook
datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung
Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula
semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah
keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai
dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di
seluruh dunia? Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2
Cun?!! Fikirkanlah. . Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan
Darah Saudara Kita Setitik . Aku tak laa baik sangat. Semayang pun selalu miss.
Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai
saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku
masih ada perikemanusiaan. p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku
ambil bulat2 dari Sejarah2U so..kepada saudara muslimin muslimat..tolong war2kn
perkara ini!!!!!!
Related Posts with Thumbnails
MINAT TUPPERWARE ???

JOm Ke Sini :

http://sukatupperware.blogspot.com